KELEMAHAN


Kelemahan Peta Minda:






  • mengambil masa yang lama untuk menghasilkan sesuatu peta.

Sesetengah individu berpendapat bahawa masa mereka telah dibazirkan untuk membuat satu peta sahaja, sedangkan mereka dapat menggunakan masa itu untuk melakukan pelbagai perkara seperti menyiapkan tugasan dan mengulangkaji pelajaran.



  • peta yang tidak sistematik akan mengelirukan pembaca
Hal ini kerana sesuatu pemetaan kebiasaannya dihasilkan pada satu helai kertas sahaja. Segala maklumat-maklumat penting dimasukkan dalam peta tersebut sehingga dapat mengelirukan pembaca kerana struktur peta yang berserabut atau berselerak



  • sukar difahami kerana penggunaan bahasa yang ringkas dan penggunaan singkatan dalam penulisan
Peta minda juga sukar difahami kerana penggunaan bahasa yang ringkas dan penggunaan singkatan dalam penulisan dan perkataan tertentu. Peta i-Think juga tidak mempunyai huraian yang jelas. Hal ini kerana segala maklumat hanya ditulis dalam bentuk singkatan atau ringkasan

Comments

Popular posts from this blog

Quotes of the day