KELEBIHAN

 KELEBIHAN PETA MINDA


Berdasarkan video di atas :

Kita dapat simpulkan bahawa, terdapat banyak manfaat penggunaan peta minda.


Peta minda ini sesuai untuk digunakan oleh setiap individu khususnya golongan pelajar.



Kelebihan Peta Minda ialah:




1)Dalam Pembelajaran
Seseorang pelajar akan bertambah minat dalam belajar kerana struktur peta minda yang menarik dan dihiasi dengan pelbagai warna. Ia juga sesuai digunakan untuk mengulangkaji pelajaran.



2)Dalam Mengingat
seseorang pelajar dapat mengingati sesuatu maklumat dengan lebih mudah. Hal ini kerana konsep peta minda yang menggunakan kata kunci bagi setiap fakta atau maklumat penting.



3)Dalam Berfikir
seseorang pelajar dapat mengasah minda dalam berfikir. Hal ini kerana peta minda menggabungkan fungsi kedua-dua belah otak kanan dan otak kiri.



4)Dalam Merancang
seseorang pelajar dapat merancang sesuatu perkara dengan mudah. Perancangan yang dibuat juga akan menjadi lebih sistematik dan tersusun.



5)Dalam Berkomunikasi
seseorang pelajar dapat menyampaikan segala bentuk maklumat dengan jelas dan tepat.
 




Comments

Popular posts from this blog

Quotes of the day